Showing posts with label Pesawat Pejuang. Show all posts
Showing posts with label Pesawat Pejuang. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Indonesia meterai Kerjasama Bangunkan Pesawat Tempur Generasi Ke-5 Bersama Korea Selatan... Peluang Malaysia...?????


Berita yang keluar di halaman Defense News dan maju-indonesia-ku cukup jelas membayangkan iltizam kedua-dua buah negara dalam membangunkan keupayaan aset udara mereka sendiri. Suatu usaha yang perlu dan wajib dipuji kerana kedua-dua buah negara ini 'berani' melabur sejumlah besar wang dalam usaha berdikari membina aset ketenteraan mereka sendiri. Siapa kata orang Nusantara tidak mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia ini. Indonesia sudah dan akan membuktikannya.. Industri Pertahanan Malaysia, buktikan anda juga BOLEH... tidak semestinya dalam pembuatan pesawat, banyak lagi peralatan pertahanan yang boleh dihasilkan sendiri sama ada melalui penyelidikan atau usahasama dengan negara luar. Yakin BOLEH.. pasti BOLEH.. Berita lanjut boleh dilihat di pautan berikut:

http://theasiandefence.blogspot.com/2010/07/indonesia-and-south-korea-to-sign-mou.html

http://www.maju-indonesia-ku.co.cc/2010/07/indonesia-korsel-menandatangani-proyek.html

Russia akan Memiliki Sehingga 60 Buah Pesawat Tempur Generasi Ke-5... Malaysia.....?


Pembangunan dan ujian pesawat tempur generasi ke-5 Russia, PAK FA atau sebelum ini dikenali dengan T-50 masih berterusan. Pihak Russia sudah mengumumkan untuk memperolehi sehingga 60 buah pesawat tempur termaju ini menjelang tahun 2015 - 2016 nanti. Diharapkan TUDM akan turut membuat perolehan pesawat ini sehingga 24 buah pesawat untuk satu skuadron baru bagi meningkatkan keupayaan dan menggerunkan 'mereka' yang yang cuba mengacah dan mengganggu-gugat keharmonian negara ini. Berita selanjutnya boleh dibaca di pautan berikut:
http://en.rian.ru/mlitary_news/20100713/159797767/.html (klik untuk baca)

Sunday, January 31, 2010

Sukhoi T-50 Stealth Fighter Jet (PAK FA)



Dalam 2 - 3 hari ni negara Russia sedang menguji pesawat pejuang generasi ke- 5 mereka. Dijangkakan pesawat ini akan mula beroperasi menjelang tahun 2015. Pastinya pesawat ini akan menjadi pesaing terpenting kepada 2 jenis pesawat generasi ke - 5 buatan Amerika Syarikat iaitu F-22 Raptor dan F-35 Lightning II. Sama-sama kita nantikan...