Saturday, July 10, 2010

TUDM Perlukan Pesawat Latihan Lanjutan Termaju (AJT)...


Syukur kerana TUDM memiliki antara pesawat pejuang terampuh di dunia iaitu Su-30MKM. Namun untuk melatih dan memahirkan juruterbang pesawat pejuang sudah tentu memerlukan pesawat latihan lanjutan termaju (Advanced Jet Trainer [AJT]) yang benar-benar mampu melatih mereka ke keadaan sebenar pesawat pejuang generasi baru. Memandangkan kebanyakkan pesawat pejuang TUDM dikeluarkan oleh Russia, adalah lebih baik AJT juga diperolehi dari negara yang sama. Pesawat tersebut adalah Yak-130 AJT.


Memandangkan negara jiran di selatan tanahair sedang berura-ura untuk mendapatkan M-346 Advanced Jet Trainer dari Itali seiring dengan ketibaan pesawat-pesawat F15SG mereka, maka Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam menaiktaraf pesawat-pesawat latihan milik TUDM. 


No comments: