TEXTAREA_ID
PAKJOE1977
Monday, July 26, 2010
Thursday, July 15, 2010
Indonesia meterai Kerjasama Bangunkan Pesawat Tempur Generasi Ke-5 Bersama Korea Selatan... Peluang Malaysia...?????
Berita yang keluar di halaman Defense News dan maju-indonesia-ku cukup jelas membayangkan iltizam kedua-dua buah negara dalam membangunkan keupayaan aset udara mereka sendiri. Suatu usaha yang perlu dan wajib dipuji kerana kedua-dua buah negara ini 'berani' melabur sejumlah besar wang dalam usaha berdikari membina aset ketenteraan mereka sendiri. Siapa kata orang Nusantara tidak mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia ini. Indonesia sudah dan akan membuktikannya.. Industri Pertahanan Malaysia, buktikan anda juga BOLEH... tidak semestinya dalam pembuatan pesawat, banyak lagi peralatan pertahanan yang boleh dihasilkan sendiri sama ada melalui penyelidikan atau usahasama dengan negara luar. Yakin BOLEH.. pasti BOLEH.. Berita lanjut boleh dilihat di pautan berikut:
http://theasiandefence.blogspot.com/2010/07/indonesia-and-south-korea-to-sign-mou.html
http://www.maju-indonesia-ku.co.cc/2010/07/indonesia-korsel-menandatangani-proyek.html
http://theasiandefence.blogspot.com/2010/07/indonesia-and-south-korea-to-sign-mou.html
http://www.maju-indonesia-ku.co.cc/2010/07/indonesia-korsel-menandatangani-proyek.html
Russia akan Memiliki Sehingga 60 Buah Pesawat Tempur Generasi Ke-5... Malaysia.....?
Pembangunan dan ujian pesawat tempur generasi ke-5 Russia, PAK FA atau sebelum ini dikenali dengan T-50 masih berterusan. Pihak Russia sudah mengumumkan untuk memperolehi sehingga 60 buah pesawat tempur termaju ini menjelang tahun 2015 - 2016 nanti. Diharapkan TUDM akan turut membuat perolehan pesawat ini sehingga 24 buah pesawat untuk satu skuadron baru bagi meningkatkan keupayaan dan menggerunkan 'mereka' yang yang cuba mengacah dan mengganggu-gugat keharmonian negara ini. Berita selanjutnya boleh dibaca di pautan berikut:
http://en.rian.ru/mlitary_news/20100713/159797767/.html (klik untuk baca)
http://en.rian.ru/mlitary_news/20100713/159797767/.html (klik untuk baca)
Saturday, July 10, 2010
TUDM Perlukan Pesawat Latihan Lanjutan Termaju (AJT)...
Syukur kerana TUDM memiliki antara pesawat pejuang terampuh di dunia iaitu Su-30MKM. Namun untuk melatih dan memahirkan juruterbang pesawat pejuang sudah tentu memerlukan pesawat latihan lanjutan termaju (Advanced Jet Trainer [AJT]) yang benar-benar mampu melatih mereka ke keadaan sebenar pesawat pejuang generasi baru. Memandangkan kebanyakkan pesawat pejuang TUDM dikeluarkan oleh Russia, adalah lebih baik AJT juga diperolehi dari negara yang sama. Pesawat tersebut adalah Yak-130 AJT.
Memandangkan negara jiran di selatan tanahair sedang berura-ura untuk mendapatkan M-346 Advanced Jet Trainer dari Itali seiring dengan ketibaan pesawat-pesawat F15SG mereka, maka Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam menaiktaraf pesawat-pesawat latihan milik TUDM.
Sunday, July 4, 2010
USM BANTU JEJAK PIRAMID TERBESAR DI DUNIA
Tahniah dan syabas buat Pusat Penyelidikan arkeologi Global (PPAG) USM.. Teruskan usaha anda. Berita lanjut di http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=8339&idform=7
Thursday, February 18, 2010
Kerjasama Pertahanan Nusantara...
Berita yang cukup menggembirakan. Dua buah negara Islam Nusantara berganding bahu bekerjasama membangunkan industri pertahanan. Syukur Alhamdulillah.. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan antara Malaysia dan Indonesia dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Berita lanjut seperti di bawah:
Wednesday, February 10, 2010
Kapal Selam Kita Rosak... Whatttttt...................!
Terkedu aku hari ni bila terbaca laporan berkenaan Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelam akibat masalah teknikal. Siap jadi bahan gurauan lagi di beberapa blog yang memang tak puas hati dengan pembelian ini. Diharapkan Kapal Selam kedua negara KD Tun Abdul Razak tidak akan mengalami nasib sebegini. TLDM dan Kementah.. tolong jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.. tolonglah..............................
Subscribe to:
Posts (Atom)