Thursday, February 18, 2010

Kerjasama Pertahanan Nusantara...

Berita yang cukup menggembirakan. Dua buah negara Islam Nusantara berganding bahu bekerjasama membangunkan industri pertahanan. Syukur Alhamdulillah.. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan antara Malaysia dan Indonesia dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Berita lanjut seperti di bawah:

Wednesday, February 10, 2010

Kapal Selam Kita Rosak... Whatttttt...................!

Terkedu aku hari ni bila terbaca laporan berkenaan Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelam akibat masalah teknikal. Siap jadi bahan gurauan lagi di beberapa blog yang memang tak puas hati dengan pembelian ini. Diharapkan Kapal Selam kedua negara KD Tun Abdul Razak tidak akan mengalami nasib sebegini. TLDM dan Kementah.. tolong jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.. tolonglah..............................

Sunday, February 7, 2010

Malaysia Bakal Terima Pesawat Airbus A400M Menjelang 2013

Alhamdulillah.. Akhirnya pesawat pengangkut generasi baru Airbus A400M yang akan menjadi pesawat pengangkut terbesar dalam inventori TUDM menjadi kenyataan. Sebanyak 4 buah pesawat akan diterima secara berperingkat mulai tahun 2013. Saksikan penerbangan pesawat yang akan membanggakan TUDM dan Malaysia keseluruhannya.

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/4/business/5607687&sec=business

Thursday, February 4, 2010

Mari Berkenalan Dengan Staf Koop - Siri 1


Nama abe 'hensem' kita ni Mohd Kobri Man a.k.a Ari(En Amran panggil Aghi sebab tak leh sebut huruf R). Dia ni duduk nu di Kg Teluk Sungai Dua. Hari-hari dia mai kerja naik motor. Cian, bila hari hujan je kelam kabut cari plastik nak cover dompet ngan handset dia. Abe kita ni kerja dia hari-hari kena keluaq, pi ambik surat la, pi hantaq surat la, pi bank buat bankdraft la, kena pi jual kotak kosong la dan macam-macam lagi nih.. Sampai muka tu naik hitam berkilat la. Carik rejeki halal la katakan hu.. hu.. Suka buat lawok kat opis, kira jadi tempat adik-adik mengadu dan mendengarq cerita-ceriti terlampau dari dia. 


Yang ni pulok nama dia Aini Ruzita Tajuddin a.k.a Datin. 'Cik" kak kita ni ('Cik' tu sebab dia bujang lagi no..) kira orang penting la alias p.a. kat bos nombor 2. Makanan kat kedai mamak, kari, buah derian kira dia tak makan la.. tak lalu (ka tak standard cik..). Secret Recipe, KFC dan seumpamanya tu kira favourite dia la. Duduk di seberang nu.. hari-hari berulang mai kerja naik kereta Honda Civic eh... silap kereta iswara he.. he.. he.. Tapi hari-hari nampak macam jadi drebar je.. bawak orang naik kereta dia. Suka YM dengan orang, suka cut.. cut...

Yang ni duduk di Kulim. Nama dia Ahmad Azlan Ishak a.k.a Lan Tong (sebab dia suka makan sotong). Baru je kawin dengan nurse.. Tapi la ni PPJJ la.. Ya la, sorang duduk Kulim, sorang duduk Sungai Buloh hu.. hu... cian. Hari-hari mai kerja naik kereta. Cian kat dia, kerap eksiden.. ada sekali tu sampai cuti 3 bulan. Kira sorang yang ceria la.. suka cerita-ceriti, pastu gelak sorang-sorang. Kat opis kira orang kuat bos la, dah la tu join pulak kelab B (kelab boroi)


29 Mac 2010


Confirm buku yang ditunggu-tunggu akan berada di pasaran pada bulan Mac nanti. Yang tak bestnya, rasanya buku ini takkan berada di rak-rak PTS Publications semasa KLIBF 10 nanti. Baru aku tahu tarikh kelahiran idola aku. Hu.. Hu..

Dapatkan di pasaran pada 29 Mac 2010 (tarikh kelahiran Muhammad Al-Fateh)

Bila La Nak Keluar Buku Ni...


Alahai tak sabar rasanya nak mentelaah buku baru keluaran PTS Publications " Kuasa Kepimpinan Muhammad Al-Fateh". Memang idola aku ni.. sampaikan alamat email aku pun aku guna alfateh1977@yahoodotcom. Rasa-rasanya paling cepat pun boleh dapat buku ini masa Kuala Lumpur Internatioanal Book Fair 2010 (KLIBF 10) nanti. Hu.. Hu... lambatnya............

Monday, February 1, 2010

Hidayah Itu Memang milik Allah SWT...







http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/masuk-islam-kerana-ingin-mengetahui.html (klik untuk baca)

Benarlah hidayah itu milik Allah. Ketika insan ini sedang rancak mengetuai kumpulannya menentang pembinaan menara masjid dan meniupkan sentimen anti-Islam... secara tiba-tiba insan ini berubah untuk tunduk dan patuh menyembah Allah yang Esa. Dapatkan maklumat selanjutnya di link ibnuhasyim.com